Saturday, February 1, 2014

KEK, KEK DAN KEK LAGI

Saya melangkah ke dunia kek ni ketika saya benar-benar terdesak untuk memberi anak-anak saya duit belanja. Gaji saya tidak mampu menanggung perbelanjaan kehidupan seharian saya anak beranak. Saya mesti cari 'duit tepi' untuk anak-anak. Ketika saya di Negeri Sembilan dahulu, saya buka kedai kecil menjual aiskrim Malaysia dan juga sedikit jajan-jajan.

Tapi bila saya berpindah ke Kemaman, tiada sanak saudara, tiada keluarga apatah lagi kenalan rapat. Semuanya bermula dari bawah. Umpama pendatang asing datang ke Malaysia. Pandang kiri kanan depan belakang..adakah berbaloi saya menjual aiskrim? Tidak sama sekali..Saya mesti cara lain.

KELAS PELBAGAI JENIS KEK
TENAGA PENGAJAR  :  KAK AMARUSZATI
TEMPAT  :  KUANTAN, PAHANG.



STEAM BUTTERCREAM


BASIC CAKE


FONDANT CAKE


Kelas kek pertama saya yang saya hadiri STEAM BUTTERCREAM
Masa ni memang ilmu kek saya zero..kek span biasa pun saya tak pandai buat..saya bulatkan hati ke kelas ini. Kemudian saya hadir pula kelas kek continental iaitu Rainbow cake, Russian cake, Chezzy Lemon Carrot Cake..maknanya banyak jugak la ilmu kek Kak Zati ada pada saya.




No comments: